good morning everybody!
i just want to share with everyone some of my assignments here.. it’s for the subject called Gaya Bahasa. we have to create our own traditional prose (pantun & syair) and also modern prose (sajak). so read them ok, i hope u guys will enjoy it. i’m new to this.. so please don’t expect any perfection ok!
Aku Di Sini (Sajak)
Diam, lemah dan rapuh
Itulah keadaanku pada permulaannya
Tapi hakikatnya berbeza mengujakan
Kebenaran terselit di sebaliknya
Diamku bererti bijak
Rapuhku bersembunyikan kegagahan.
Musim ini aku bergembira teramat
Walau banyak yang perlu dikorbankan
Telah kuketepikan episod kasih yang terpendam
Walau dia dalam ingatan setiap detik
Kupasti itu bukan penghalang utama
Kerana kuyakin perancangan Ilahi lebih sempurna.
Kini masa menjadi musuhku
Setiap detik harus dijimatkan
Tanpa mengenal sakit dan penat
Akhirnya kakiku semakin kuat
Kebebasan mula kurasai
Kufurlah aku andai tidak bersyukur
Maka, kegembiraan masih lagi bersamaku.
Dahulu aku kerap dicemuh
Tingkahku sering dipertikaikan
Apakah mereka mahuku membeku?
Aku juga punya nyawa
Kerana aku juga manusia seperti mereka
Terimalah semua keburukan dan keralatanku ini
Di manakah diriku kiranya semua itu dipisah-pisahkan?
Musim ini sangat berbeza
Keajaiban berlaku tanpa disedari
Hamba ini didatangi seorang insan
Seorang yang dianggap masih mentah
Namun dialah yang memberiku semangat
Merobek segala senyum dan tawa yang tersembunyi
Dialah adik dan dialah kawan yang amat diharhagai
Tanpanya mungkin musim ini hambar jua.
Kelaknya aku alpa dalam kegembiraan
Tapi kesedaran itu tidak cukup
Tuhan menguji ketulusan jiwaku
Aku redha dengan dua buah peragutan
Syukur kini pada yang Esa
Aku masih tersenyum bersama luka
Dan insan itu masih setia disamping demi menyokong
Kegembiraanku masih belum terhakis
Sang Pemerhati (Sajak)
Muqaddimahnya dia menjengkelkan
Siapakah aku untuk menyisihkannya?
Dia juga ringan tulang
Kesempatan ini diguna semua
Walau dibelakangnya masih bersuara
Tika itu aku berhati tawar
Tidakku bantah walau selafaz
Sekadar mendengar untuk memahami mereka.
Musim lalu kami mula melangkah bersama
Walau hati ke hati masih jauh
Ceria orangnya serta menjengkelkan
Kerana gurauannya buta adab
Semua itu remeh bagiku
Hanya kerana aku bukan sasarannya.
Keriuhan padang kuliah masih terbayang
Namaku dipanggil bercorakkan gelombang bisikan
Sepucuk surat terselit dibelakangku
Ringkas tetapi berkesan isinya
Balasan naifku bukan sekali
Dia juga terbelahak dicelah pengajian
Semuanya berulang sehingga dihujung pembelajaran
Membuktikan kertas itu kehabisan ruang.
Kusangka tamat sudah gangguannya itu
Rupanya angin itu masih bertiupan
Hari-hariku berhiaskan namanya
Tanpanya tiadalah senyuman diwajahku ini
Gelak tawanya turut berpadu
Keanehan ini disaksikan semua
Kesannya persekitaran kami berwarna keriangan.
Malang sekali dia sudah berpunya
Sedikit pun tidak kurasa pantang
Yakin diriku masih mampu
Walau dia adil bijaksana
Masanya juga sempat kucuri
Hanya sebagai sahabat yang prihatin
Tidak kuharapkan dia begitu
Khuathir difitnah makhluk sekitar.
Akhir kini dia dibebaskan
Mungkinkah insan ini puncanya?
Tiada kekesalan terbit walau setitik
Kumahukan dia peroleh kebaikan
Temannya itu miskin pedoman
Namun hadirku hanya sementara dalam hidupnya
Kerana cita-cita bakal memisahkan
Panjangkanlah kebahagiaan untuknya
Janganlah diabaikan setiap kenangan
Doaku untuknya masih berterusan.
Langkahku (Pantun)
Hamba suka warna merah,
Dikalanya juga memilih biru,
Ketikanya pula putih tampak indah,
Haruskan hamba berfikiran keliru?
Gembira sungguh semester ini,
Semua cabaran terlerai sudah,
Teman-teman sentiasa di sisi,
Lesap sudah semua gundah.
Kuduga mendung bakal menjelma,
Mustahillah gembira ceria berpanjangan,
Namun hamba tidak alpa,
Kerana hamba redhai apa yang kehilangan.
Sedikit pun tidak semangatku terhakis,
Tetap gembira walau disambar duka,
Hamba bukan insan yang sadis,
Hanya membenci si perampas harta.
Bertuah rasa dia setia,
Di sisi walau ribut hadir,
Kuharap ini kekal lama,
Kerana angin kasih kian lahir.
Selamat tinggal wahai Malaysia,
Hamba menghilang hanya dua minggu,
Kusinggah dahulu ke dewan periksa,
Semoga dia menyaksikan kelak keberangkatanku.
Hati Manusia Racun Setia (Syair)
Sungguh indah bila bercinta,
Semua yang pudar kembali berwarna,
Sanggup jamin sumpah setia,
Sehingga alpa punah menjelma.
Hari ini kita berkawan,
Kemudian hari kita berlawan,
Jangann abaikan semua pilihan,
Mungkin esok hilang jalan.
Kuharap esok hari gembira,
Boleh kutidur dengan lena,
Bimbang nanti terlepas semua,
Kerana tamakkan ceria yang kini dirasa.
Semua orang tahu mencemuh,
Tapi jahil rintangan yang diredah,
Cubalah dengari empunya masalah,
Kemungkinan mampu menangkis gundah.
Mata manusia hanya memandang,
Jangan baziri pengkihatan yang jalang,
Tiada salahnya sekadar meringankan tulang,
Bantuan ikhlas anugerah cemerlang.
Perpisahan itu memang pahit,
Bukan sekadar menanggung perit,
Orang mendengki kian menjerit,
Kerana kebahagiaannya tiada tercoret.